Wednesday, August 23, 2006

A'kum semua,

Apa kabar anda semua? Saya doakan semuanya sejahtera.Alhamdulillah saya dan semua krew Ziarah sihat belaka. Dan syukur juga kami semua selamat kembali dari 2 ziarah yang amat mencabar (Asia Selatan & Timur Tengah). Terima kasih kerana berterusan doakan keselamatan kami.Sempat juga untuk kami berehat dan sempurnakan kerja di pejabat yang tertangguh sebelum meneruskan ziarah ke Asia Tengah tidak lama lagi.

Secara amnya halangan utama di Asia Selatan adalah faktor cuaca dan infrastruktur yang amat daif. Bayangkan perjalanan sejauh 220km memakan masa selama 14 jam menaiki van melalui banjaran tinggi berbatu kerikil dan gaung sedalam 50m di kiri dan kanan laluan yang hanya boleh dilalui satu kenderaan pada satu masa. Itu belum masuk faktor keselamatan...penembak curi, perompak dan saki baki puak Taliban yang boleh muncul secara tiba-tiba di sepanjang perjalanan kami.

Manakala di Timur Tengah pula halangan utama apabila kami memasuki Lebanon dari Syria tiga hari sebelum genjatan senjata dicapai. Pengalaman yang amat mendebarkan di mana 3 letupan roket Israel yang jatuh tidak jauh dari tempat kami membuat laporan di Kem Sabra Shatila di Beirut.

Apapun semua rasa bimbang dan tidak selesa terubat dek keramahan penduduk tempatan lebih-lebih lagi bila mereka tahu kami dari Malaysia. Dari situ saya sendiri akui betapa besar jasa semua pemimpin kita baik yang lepas mahupun yang ada kini dalam meletakkan nama negara di tahap sekarang sehingga orang luar begitu menghormati dan memandang tinggi kepada kita.

Banyak pelajaran dan pengesahan baru yang saya perolehi sepanjang ziarah ke sana. Contohnya ziarah di Timur Tengah kerana sebelum ini menerusi media barat saya punyai persepsi bahawa golongan Sunni dan Syiah seakan-akan langsung tidak boleh bertembung. Gambaran sebenar tidaklah seburuk yang dilaporkan...mereka masih boleh hidup bermasyarakat,sembahyang dalam masjid yang sama malah Imam Sunni menyokong Hezbollah dalam khutbah Jumaat. Rata-rata yang kami temui mengakui semua kita bersaudara tidak kira Sunni mahupun Syiah. Dari situ saya sendiri terasa betapa selama ini media barat telah meracuni fikiran kita semua malah sampai ke tahap melaga-lagakan umat Islam. Dan dari situ juga saya dan krew Ziarah merasakan yang kami semua mempunyai satu tanggungjawab yang besar untuk melaporkan gambaran sebenar kepada semua sekurang-kurangnya mengimbangi laporan berat sebelah mereka.

OK...saya ringankan sikit...anda semua yang gemar melancong dan 'shopping'...saya rekemen pergilah Syria...bumi Syam ni memang banyak tempat bersejarah dan barangannya murah gilleeeerrr!!!!

OK! Saya minta diri dulu dan selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 49.... semoga 31 Ogos tidak jadi cuti umum semata...sama-sama kita renung adakah kita telah menyumbang untuk negara? Kalau ada...baguslah tapi kita kena tanya lagi ....cukupkah sumbangan itu atau ada bahagian lain yang perlu kita tingkatkan?...

Saya kongsi satu pengalaman dengan pelajar perempuan Palestin...katanya "Saya tidak mungkin mampu memikul senjata dan berperang, tapi saya akan berperang dengan memiliki setinggi-tinggi ilmu pengetahuan kerana melalui ilmu saya akan buktikan kepada Israel dan Amerika bahawa Palestin mempunyai rakyat yang satu hari nanti mampu menguasai semua bidang".

Insyallah Ziarah di Astro sepanjang Ramadhan ini akan memberi gambaran baru garisan krisis dan wilayah terpencil.

Akhir kata terima kasih sekali lagi...jumpa lagi dan jaga diri baik-baik.

Wan Din.